kadang-kala petua cantik yang diberi oleh nenek moyang kita dilupakan dek kerana kebejatan teknologi canggih membuatkan kita lupa akan tips-tips yang mudah dan boleh diamalkan tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak. Ya, cantik... siapa yang tidak mahu cantik, bukan ?
Sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan tanpa perlu bersusah payah untuk membeli pelbagai produk. Memang diakui perlu membeli produk kecantikan namun ia harus dimulakan dengan diri kita, melalui rutin harian. Sebaik-baik sahaja bangun tidur pada waktu pagi, minum segelas air suam. Air suam mampu menyegarkan otot-otot tubuh sekali gus memberi kesegaran kepada otot di muka untuk berfungsi pada hari tersebut.
Lepas tu, jangan tidur terutama selepas waktu subuh kerana ketika itu badan kita segar dan seluruh tubuh bergiat aktif untuk memulakan tugas pada hari baru. Selepas minum air suam atau air mineral, pada waktu pagi juga tidak digalakkan untuk membasuh muka dengan pencuci muka. Pencuci muka yang mujarab pada waktu pagi ialah dengan membasuh muka tanpa menggunakan apa-apa pencuci.
Kita sering lupa meskipun terasa tidak selesa apabila bangun pagi, namun inilah tips yang perlu dilakukan sebaik sahaj bangun tidur. Selepas itu, barulah kita boleh menggunakan produk-produk kecantikan seperti biasa. Awal permulaan pagi haruslah menggunakan sumber bahan semula jadi terutama air yang menjadi sebahagian daripada hidup kita.
No comments:
Post a Comment